Feb 20, 2012

Sila pastikan........


Salam
Kau pernah terlupa?
Kau mesti cakap "Hape la jenis soalan Ann ni tanya..mesti la pernah"
Haha..
Ohh pernah...ingatkan tak pernah

Kau pernah tak mengalami insiden macam ni..
Korang dah siap masak lauk-pauk bagai
Dengan ayam masak merah
Ikan cencaru masak tiga rasa
Kari kepala ikan
Siap ada petai lagi dengan sambal belacan
Tambah sikit budu semangkuk
Dengan perut yang lapar berdegam degum (uisyy..sedikit over)

Dan kau pun dah siap hidang lauk pauk atas meja
Siap ada air bandung soda berais lagi

Tapi
Bila nak senduk nasi
Kau tengaok nasi masih lagi tak mengalami sebarang perubahan fizikal..
Tak berkembang
Senang cerita masih lagi berupa beras..
Kau lupe lupa nak tekan suis on..

-.-"
Mesti rasa macam nak nangis kan..

Sebenarnya insiden ni baru berlaku kat Ann..
Almaklum la..
Anak dara
Mesti la kena masuk dapur kan..ahakssss(abaikan gelak gedik nie)

Oleh sebab Ann masih di rumah (cuti sem)
Jadi Ann bertindak sebagai anak soleh solehah untuk ringankan beban umi Ann..

Ohhooo..
Tapi disebabkan lupa nak tekan suis on kat rice cooker..
Selalunya Ann akan tengok betul-betul lampu kat rice cooker 2 nyala belah mana
Tapi masa tu lupa pulak nak tengok..

Dah la lapar..
Tup tup nasi masih lagi antah..
Rasa nak nangis hentak-hentak kaki kat situ jugak..
Ditambah lagi bebelan umi..
Huhu..

Aaasif
Tak berniat sikit pun nak mendera perut kamu-kamu semua..
Betul
Ann pun lapaq bukan kepalang jugak masa tu..

Pape pun
Kami seisi rumah terpaksa menunggu di meja makan
Dengan muka kelaparan tak bermaya tunggu nasi masak
Lebih kurang 20-30 minit lepas tu...(macam rancangan 5 rencah 5 rasa pulak)
Nasi pun masak
Kami pun makan dengan dimulai Bismillah disudahi Alhamdulillah...

Selalu sangat jadi macam ni
Jadi Ann tak sure lah kalau akan datang akan jadi lagi macam ni.
-.-"
Harap-harap lepas ni lebih peka terhadap rice cooker...ngee~~

p/s : pastikan suis on ditekan sebelum anda meninggalkan rice cooker anda.orait?

Okies..
Salam sayang...^^

No comments: