Feb 8, 2014

Hijrah



Asslamualaikum
Salam sayang dari Ann untuk kamu
Menyebut soal hijrah
Hijrah ke arah yang lebik baik
Hijrah menjadi lebih sempurna sungghpun tiada yang sempurna di dunia

Fitrah manusia inginkan kebaikan
Mustahil jika tidak terselit sedikitpun perasaan ingin menjadi lebih baik
Meskipun diri penuh noda
Setiap insan ingin berubah jadi lebih baik setiap hari, setiap masa
Susah ke? 
Tidak kot
Andai bermula dengan semudah dan semurah senyuman

Jom sama-sama kita berubah jadi lebih baik

Itu slah satu contoh
Banyak lagi
 Jika mungkin semalam..banyak cakap perkara lagha
Hari ini, usaha untuk sebut perkara-perkara bermanfaat
 Atau banyakkan diam
Jika semalam telefon mak, 5 minit
hari ini niatkan dalam hati nak telefon mak sampai habis kredit
Itu sekadar contoh
Mudahkan lakukan kebaikan?

Dan yang utama
NAWAITU
Apa-apa perkara atau plan pun
Yang penting perlu ada niat
 Niat yang baik
Baru niat, sudah diberi balasan
Mudah sangat meraih pahala

SubhanAllah, pemurahnya Dia
Setiap apa yang dilakukan
Walau sebesar zarah sekalipun
Ia turut dinilai

Sedikit kebaikan kita lakukan di dunia sudah membuat banyak hati tertawan
Apatah lagi jika dengan kebaikan itu dapat meraih cinta Allah
Istiqamahlah dalam meakukan kebaikan

Jadikan hari ini lebih baik dan lebih indah dari semalam

Hiduplah dengan sederhana, qanaah

Meskipun hidayah itu milik Allah
Tetapi menjadi tugas kita untuk mencari hidayah Allah
Merebut hidayah Allah

Jom hijrah jadi lebih baik
Semua suka
Allah pun sayang

Jalan



“Kalau kita faham perjalanan takdir, kita tak akan pernah menyesal”
Kerana hidup juga ada turun naik
Ada masa kita dijunjung
Ada masa kita diherdik dihina
Perjalanan hidup itu suatu takdir
Takdir yang telah tertulis buat kita
Mungkin suatu ketika takdir itu mengherat aku menjadi hina
Itu kerana bukan Tuhanku kejam terhadap aku
Tetapi aku yang terlalu lemah
Peganganku goyah
Lemah

Mungkin suatu ketika dahulu kita berdosa
Terhayun dengan lambungan dunia pura-pura
Lemas mencari tali pautan tak berpunca
Terkapai dalam deras lautan menggila

Namun kawan
Masa silam bukan penghalang untuk kita jadi mulia
Mulia di sisi Tuhanmu
Mulia di sisi Tuhanku
Masa silam bukan penentu syurga nerakamu
Tetapi taubatmu hari ini
Taubatmu itu yang menjadi penentu

Usah berdendam dengan masa silam
Usah berdendam dengan takdir
Bukan kita yang mengatur perjalanan takdir
Setiap ujian yang menimpa
Setiap detik takdir yang terjadi mungkin pelengkap jalan menuju syurga
Menjadi penduga iman

Tetapi kita silap mentafsir
Salah menilai takdir
Kerana takdir itulah aku tersasar dari landasan-Mu
Kerana takdir itulah aku sesat dari jalan-Mu
Kerena takdir itu…
Iman kita lemah untuk menilai sebuah perjalanan takdir
Yang tertulis di jalan juang
Jalan juang menuju abadi
Jalan menuju Rabbul ‘Izzati

Ann sayang kamu, kamu dan kamu jugak
Ok
Awak pun Ann sayang