Feb 2, 2012

Hujan


The rhythm of rain always brings peace to my soul...
No matter however bad a state of mind i am in...
The sound of the falling drops...
Always pacifies my crying heart...
Rain ...

Rain gives me the strength to move on...
Move forward...
When no body can see me crying when i walk in the rain...
................................................

Ececeh...
Ann bermadah pujangga pulak..
English poet lagi tu..

Kalau nak tahu..err..korang nak tahu ke??
^_^
Ann suka sangat hujan..
Tengok hujan turun..
Sejuk..
Nyaman
Dan rasa nak lari pusing-pusing je bawah hujan...
Tapi dulu la..
Sekarang kalau nak buat pun boleh..
Cuma...
Kalau kantoi
Memang malu tahap sampai tak tahu nak nyorok kat mana..

Masa entri di ditulis pun hujan turun dengan lebat..
Mood terbaik Ann masa hujan la..
Mood tidur lagilah baik..
Ehehe..

Korang pernah tak masa hujan korang buka tingkap
(p/s : pintu pun boleh)
luas-luas
Pastu biar tempias hujan tu kena muka..
Best tau tak..
Ann suka buat macam tu..
Tapi
Kelemahannya , kalau hujan lebat dengan korang-korang lencun..
Silap-silap kene bebel sebab lantai basah..

Masa hujan Ann suka sangat tengok air hujan turun..
Lagi-lagi air hujan yang turun dari atap rumah tu..
Cam comeyll je..
Sambil tu
Dalam kepala macam-macam terfikir dan terlintas..
............................
Pertama sekali , bersyukurlah kita yang dapat menikmati hujan..
Sebab ada negara yang hanya hujan 3 atau 4 kali sahaja setahun...
Alhamdulillah..

Selain dari itu (skema karangan SPM)
Turunnya hujan bersama rahmat Allah..
Dan masa hujan nilah kita digalakkan berdoa..
Sebab ia antara waktu mustajab doa..

Cik Ann nak kongsi doa ni

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

"Ya ALLAH,jadikanlah ia hujan yang memberi manfaat"

Banyak lagi hikmah yang terselindung di sebalik hujan...
Sekadar buka mata
Tak akan nampak
Tapi
Bukalah mata hati..


Manusia bercakap-cakap
"Alamak,hujan pulak..baju aku tak sempat sidai lagi ni..dah la banyak"
Tak cakap orang
Ann pun sama
Nampak tak secara tak langsung
Kita dah pentingkan diri sendiri..

"Eh,kenapa pentingkan diri pulak? Tak ada kaitan langsung

Ya.
Kita pentingkan diri

Sebab?
Sebabnya kita hanya memikirkan apa yang kita perlukan sahaja waktu itu..
*Nak keringkan baju*
Memang betul..
Tapi
Cuba ajak hati
Ajak untuk berfikir

Mungkin tak bermanfaat buat kita*pada masa tu*
Tapi sangat-sangat memberi manfaat pada orang lain
Cuba fikir

Mungkin ada insan di luar sana yang lebih memerlukan turunnya hujan..

Ini sekadar situasi biasa
Yang Ann guna sebagai contoh..

Ya..
Dunia hari ini sangat mementingkan diri..
Manusia sangat mementingkan diri..
 Bukankah dalam Islam sendiri cakap

"Kepentingan orang lebih utama dari kepentingan sendiri"

Ada maksud tersurat..
Dan
Tersirat

Apa dia..
Fikir-fikirkan..

Sebenarnya Ann ketandusan idea..
Ditambah cuaca yang sejuk menggigit..
Mengantuk

Nampaknya

Hujan terus turun mencurah-curah..
Kain baju pun masih tak bersiadai
Namun
Ann bersyukur
Masih lagi dapat merasai nikmat hujan
Hari ini

Hari mendatang belum tentu

Salam sayang^_^

No comments: