Feb 4, 2012

Setiap Kata

Mudahnya berkata-kata..
Kadang-kadang Ann rasa sangat pelik..

Kenapa mudah sangat percaya?

Ann sangat susah untuk percaya pada seseorang..
Sungguh..
Bukan nak judging sesiapa sebagai teruk
Jahat
Sombong
Apatah lagi nak cakap 
"Kau tak layak kawan dengan aku"
Maaf
Ann bukan golongan orang macam tu..
Cuma
Ann sangat-sangat susah nak percayakan orang
Selagi Ann tak betul-betul kenal

Senang saja sebabnya..

Supaya diri kita tak mudah ditipu
Tak mudah di aniaya
Tak mudah dipijak-pijak

Susah nak cari insan yang betul-betul boleh dipercayai..
Ann mudah berkawan dengan sesiapa saja yang mahu berkawan..
Tapi
Kalau nak buat Ann percaya seratus peratus sangat susah..
Tapi jangan pulak tanya Ann
"Percaya aku tak??"
Maaf
Susah Ann nak cakap..

Ann tahu
Tak semua orang yang Ann kenal boleh terima Ann
Betul
Tak boleh dinafikan
Sebaba manusia ni ada satu sikap
Bermuka-muka

Buat korang terlalu percaya pada seseorang
Bukan niat Ann nak suruh korang tak percaya pada dorang tu..
Tapi berhati-hati lah..

Percaya
Tapi jika suatu hari korang terasa dikhianati oleh orang yang korang sangat-sangat percaya..
Rasanya sangat sakit..

Korang cakap
"Ann cakap macam Ann pernah rasa je??"
Ann jawab
"Ya, Ann pernah rasa"

Sebab tu Ann serik
Ann tak nak perkara yang sama berlaku lagi..
Buat korang yang selau di sisi Ann
Ann sayang korang

Dan sekali lagi Ann pesan
Jangan tanya Ann percaya korang atau tidak
Sebab Ann tak ada jawapan
Ann sendiri pun tak tahu pada siapa yang Ann patut percaya seratus peratus..
ALLAH sentiasa ada untuk Ann sentiasa percaya

Sebab
Ada kawan Ann cakap
Kepercayaan tu datang dari hati

Dalam persahabatan
Jika ianya ikhlas kerana ALLAH
Insya-ALLAH kepercayaan la yang menjadi akar dalam persahabatan tersebut
Jika persahabatan yang ikhlas ini suatu hari goyah
Jangan risau
Kerana kepercayaan akan mencantumkan ia kembali..

Bersahabatlah kerana ALLAH
Kerana ianya sangat manis
Ya
Sangat manis

Sekali lagi maaf
Buat korang yamg mengenali Ann
Bukan niat Ann untuk memandang rendah ataupun memilih siapa yang Ann patut percaya..
Tapi segalanya terlahir dari hati

Jika hati tak yakin..
....................................................
Korang sendiri ada jawapan

Ann sendiri bukanlah seorang yang sempurna
Hati masih lagi kotor
Hari demi hari makin kotor
Tak mustahil kalau ada syaitan yang membisikkan kata-kata
Maka
Yang akrab mungin terlerai
Yang utuh mungkin rapuh

Oleh itu , pointnya kat sini
Percayalah dengan seadanya..
Ikhlaskan hati menerima apa yang ada di sekeliling kita

Lagi satu
Sentiasalah berbaik sangka...

Hermm..
Cakap pasal baik sangka
Ada sesuatu yang Ann nak kongsi
Tapi mungkin entri akan datang..

Salam sayang semua
^_^

No comments: