Feb 18, 2012

Cuti Oh Cuti


Hai..hai..
Ann masih lagi dalam cuti semester Ann..
Ohhoo…
Cuti yang panjang buat Ann sedikit malas..
Oh sedikitkah??
Rasa malas untuk mulakan semester baru..
Cuti memang seronok..
Tapi bila cuti bermula..
Suatu perasaan keboringan a.k.a kebosanan akan menerpa..

Ya..sungguh
Dan rasainya sekarang..
Sebelum bermulanya cuti seronok tak ingat..
Rasa nak lompat-lompat je sambil nari pusing-pusing..
Ingat dalam cuti tu nak rehat puas-puas..
Nak guna masa dengan sebaik-baiknya..
Tapi ialah manusia
Kebanyakannya cakap tak serupa bikin orang kata
Perancangan cuti cukup bagus..
Siap ada jadual lagi tampal kat pintu bilik..
Hohoho

Ohh..
Tapi yakah??
Mungkin sesetengah individu je kot..
Ann kadang-kadang buat jugak
Tapi tak ikut pun
Bohsan la…
Bila cuti dah sampai kat penghujungnya.
Baru la sedar betapa cepat masa berlalu..
Baru la terfikir-fikir betapa masa tu terbazirkan begitu saja (sila abaikan penyalahgunaan imbuhan dalam ayat ini)
Baru la rasa menyesal..
Imam Syafie cakap perkara yang paling jauh dengan manusia ialah masa lalu..
Sehebat dan selaju mana pun kenderaan yang kita ada
Tak kan mampu untuk balik semula kepada masa-masa kita yang telah lepas..
Ann selalu macam tu..
Bila cuti dah nak habis baru la reti nak piker cari benda yang berfaedah untuk dibuat..
Patutnya dalam cuti
Kita manfaatkan masa yang ada untuk review balik subjek lepas..
Sebagai muslim pulak..
Gunakan masa yang banyak tu untuk beribadah..
Lepak-lapak santai dengan keluarga..
Bukan habiskan masa dengan tidur..
Merayau entah ke mana hala..

Huhu..
Ann sebenarnye pun rasa agak menyesal jugak la ni..
Cuti Ann ada seminggu lagi lebih kurang..
Terasa sangat pantas masa berlalu..
Sangat-sangat pantas..
Rasa macam baru semalam je Ann sampai rumah Ann..
Kemas-kemas bilik..
Tup tup
Cuti Ann tinggal seminggu..
Aduyai….
Rasa malas membuak-buak..
Malas sangat-sangat..
Huhu..

Tapi kata Dr. Fadzilah Kamsah
“LAWAN , jangan layan perasaan malas”
Tapi
Layan malas lagi bestkan dari lawan malas..
Hehe..
Apa-apa pun semua atas diri masing-masing
Masing-masing ada matlamat masing-masing
Jadi bertindaklah untuk diri sendiri dengan sebaiknya..
Bertindak ikut kemahuan diri..
Bukan kemahuan orang lain..

Kalau mak ayah sibuk suruh kau belajar
Tapi korang malas..
Tak Berjaya jugak
Walaupun mak ayah kau doakan kau berbakul-bakul..
Sebab ALLAH hanya bagi ganjaran pada orang berusaha..

Jadi
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh
Comfirm kejayaan jadi milik kau..
Percayalah..
Janji ALLAH itu pasti..
Tapi kalau kau dah berusaha tapi tetap juga gagal..
Jangan hala telunjuk kau tu pada ALLAH
Tapi hala pada diri kau sendiri
Sebab mungkin adalah penyebab yang buat kau diuji..
Mungkin usaha kau tak cukup kuat untuk raih kejayaan yang hebat..
Mungkin solat kau tak cukup..
Mungkin jugak ada salah kau pada mak ayah kau
Cikgu-cikgu
Pensyarah-pensyarah
Dan yang sesalau di samping kau iaitu
Kawan-kawan kau..
Kan??

No comments: