Feb 2, 2012

Kena Paksa

Kalau dah tak suka
Memang macam tu
Apa-apa pun sanggup
Apa-apa pun boleh buat
Rela tanpa dipaksa lagi tu..

Hermmm....
Betul..

Tapi kalau tak suka
Cakap la macam ni
Korang cakap macam tu
Cakap macam tu
Korang cakap macam ni
Ada saja yang tak kena
Yang silap
Maklum la..
Hati tak suka..

Tapi betul la..
Kalau tak suka buat apa nak paksa..
Sesak la paksa-paksa ni..
Bosan pun ye jugak

Kadang-kadang tengok benda la nak paksa-paksa bagai
Tak semua benda boleh suka-suka je nak suruh orang buat dan terima dengan rela..
Hermm..
Yang dipaksa pulak kenalah ada cara
Ada alasan yang betul
Kena cara
Beres...

Contohnya
Ann bagi contoh senang
Contoh mak suruh pergi sekolah
Belajar tinggi-tinggi
Masuk universiti

Tapi korang rasa malas nak belajar

Cakap betul-betul kat mak korang
Korang tak nak belajar
Nak berhenti
Berserta alasan
Contohnya
"Mak,orang tak nak belajar dah..orang nak kahwin"
Haaa...kan senang
Ni tak
Tak nak sekolah buat hal
Ponteng sekolah , lompat pagar , belasah budak

Sekurang-kurangnya bila korang cakap korang tak nak sekolah
Sebab nak kahwin(<--contoh je ni)
Mungkin anda masih boleh dinasihati secara halus..
Ya
Kalau korang buat perangai tah apa-apa
Bukan setakat menyakitkan hati
Malahan(skema SPM) menambahkan lagi kepenatan malaikat ATID
Dan
semestinya tekanan anda akan bertambah
Sebab apa?
Sebab anda comfirm-comfirm(bila English dimelayukan)akan dimarah
Dibebel
Hasilnya
Apa pun tak boleh(trademark kump. Jambu Maharaja Lawak)
Korang tertekan dan masalah tak akan selesai
Silap-silap masalah lain pulak yang timbul

Konklusi
Buat apa memaksa dan biarkan diri terpaksa..
Yang memaksa fikir la perasaan orang yang dipaksa

Yang dipaksa pula
Jangan biarkan orang terus memaksa..

Buat sesuatu ikut kehendak hati 
Tapi jangan sampai termakan diri
Akal ada ALLAH bagi
Kenapa nak guna pun tak reti
(dah mcm pantun dah)


Ok lah semua...
^_^
Salam sayang

No comments: