Feb 2, 2012

Anugerah

Cakap pasal anugerah
Teringat Ann pasal Anugerah Juara Lagu ke-26
29 Jan baru-baru ni
Anugerah tu dapat kat HAFIZ dengan lagu Awan Nano
Ann sangat suka lagu tu
Sebab ada lari-lari
Hehe
Bukan..

Best sebab makna lagu tu penuh dengan makna
Bukan setakat sebuah lagu yang hanya boleh dinyanyikan di kaki-kaki lima
Mahupun di warung-warung mamak yang jual roti canai semata-mata tau
Bagi Ann
Lagu tu layak diberi penghargaan tu

Tapi sebenarnya bukan itu yang Ann nak cakap
Bukan pasal Anugerah Juara Lagu
Bukan pasal Hafiz
Bukan pasal Awan Nano
Apatah lagi nak cerita pasal siapa yang layak menang
Itu bukan di bawah bidang kuasa Ann*cakap lagak seorang bos*

Tapi
Apa yang Ann nak cakap pasal anugerah kepada diri sendiri??
Macam mana tu?
Nak bagi anugerah pada diri sendiri?
Kena ada pingat ke?

............................................

Hohoho...
Tak perlu itu semua

Teringat kata-kata seorang yang Ann hormati
Pensyarah Ann

"Apa salahnya lepas kita penat belajar , kita bagi award pada diri sendiri"

Faham tak maksudnya
Begini

Sebagai student kita dah memang tersangat biasa dengan tekanan belajar
Apatah lagi di ambang peperiksaan
Lebih teruk lagi
Bila assingment yang dah diberi berbulan belum siap dan esok perlu dihantar..(Err...ni perkara biasa kan??)
Lepas penat siapkan segala tugasan
Ataupun korang dah mencapai target berapa tajuk yang korang perlu faham hari ini
Korang tenangkan fikiran dengan perkara-perkata yang korang minat

Sebagai contoh
Ann sangat suka band-band K-Pop
Jadi lepas tension belajar luang sikit masa tonton Music Video dorang
Korang akan dapat rasa kelainan
Betul
Walaupun korang dah biasa tengok hari-hari
Tapi bila kita buat macam ni
Perasaan tu rasa macam
Wow...syoknya~~!!

Ann selalu buat macam nie..
Rasa sangat seronok
Bila rasa otak dah tak setegang tadi
Ann sambung balik
Betullah kan?
Tak kan nak belajar straight je
Kena ada main-main jugak
Tapi jangan la baru 5 minit study , break , layan movei sampai 4 jam
Tu dah tak betul..
Tu bukan award dah tu..

Ann ambil kata-kata beliau..
Betul
Sangat terasa kepuasan..

Bukan maksud Ann nak campur-adukkan kepala ilmu dan hiburan..
Tapi sekadar penenang..

Hiburan boleh tapi jangan sampai lalai
Jangan melampau..

Janagn pulak lepas nie ada manusia bercakap-cakap..
"Apa la Ann...ilmu tu mulia , nak suruh campur-adukkan pulak dengan hiburan..
Super Junior la
B2ST la
SHINee la
Justin Bieber la..

Kita kalau study baik dengar
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran (macam pengacara Tilawah Al-Quran dah gaya)
Zikir-zikir
Nasyid"

Ann jawab
Ya
Betul
Tak salah
Tapi nama pun award
Sesuatu yang betul-betul manusia suka..
Jadi pilihlah award apa yang korang nak bagi pada diri korang
Bukan setakat berhibur je..-.-"
Buka sikit horizon otak
Makan ke

Tapi lagi bagus
Awardkan diri dengan solat dan doa..
Penat-penat study
Ambil wudhu' , solat , doa
Insya-ALLAH..
Double ,triple la ilmu-ilmu tu berkat dan lekat dalam kepala otak..
^_^
 Salam sayang




No comments: