Mar 18, 2012

yang suci



Apa kau rasa bila dengar berita kat radio..
Tonton tengok berita satu tiga puluh kat tv..
Baca surat khabar
Ada keluar berita pasal pembuangan bayi..
Yang paling sadis sekali hampir tiap-tiap hari ada kes macam tu..

Suka hati kau je nak buang baby tu merata..
Apa??
Kau ingat nyawa tu macam mana?
Kalau cakap bodoh marah..
Kalau cakap tak ada otak kau mengamuk sakan..
Cakap kau tak ada hati perut kau hangat..
Tapi betullah..
Kau-kau yang buang-buang baby tu bodoh..
Tau tak otak letak kat kepala lutut??
Dalam Al-Quran dah jelas ALLAH cakap jangan hampiri zina..
Tadabbur betul-betul ayat tu..
ALLAH cakap jangan hampiri apatah lagi buat..
Tapi kau degil
Kau buat jugak..
Kau tahu tak kenapa ALLAH larang manusia macam Ann dan kau hampiri zina?
Salah satunya nak jaga keturunan kau..
Bila dah lahirnya anak luar nikah nie atau bahasa halus sikit anak tak sah taraf nie..
Masyarakat akan pandang serong kat anak-anak macam nie..
Walaupun dorang tak salah apa-apa pun..
Bersih
Suci

Lahirlah umat-umat manusia yang tak tahu mana asal-usul..
Kau pulak nak elak malu kononnya..
‘Simpan’ anak kau yang tak tahu apa-apa tu dalam tong sampah..
‘tak apa nak...nanti anjing datang makan kau , selamatlah kau dari dunia fana nie’

Ohh
Sungguh mudah..tak nak , buang
Kau tak tahu ke yang kau tak kan terlepas..
Hukuman dunia satu...
Sungguhpun kau terlepas kat dunia
Jangan lupa janji ALLAH
Hukuman akhirat sedia menanti ..selagi kau tak bertaubat..
Nauzubillah..

Kat mana kau letakkan rasa malu
Yang ALLAH titipkan dalam tiap jiwa mu’min?
Malu lah pada ALLAH..
Tak ada gunanya kalau kau cuma malu pada manusia..
Sebab kau boleh menyorok dari pandangan manusia
Tapi ingat kau tak kan dapat menyorok dari pandangan Dia
Kalau malu pada ALLAH subur dalam hati kau..
Kau tak akan buat kerja-kerja terkutuk tu..
Sebab kau tak akan dapat lari pandangan ALLAH
Walau sejauh mana pun kau lari

Andai satu hari kau dah sedar
Percayalah Dia akan sayang kau lebih dari segala jenis saying yang ada kat dunia nie..

Ann rasa sedih bila teringat kata-kata Saidina Ali A.S..
‘Jika engkau hendak melihat dunia akan datang , lihatlah remaja pada zaman ini’

Apa yang kau nampak pada diri remaja hari ini????
Apa yang kau nampak??
Macam mana agaknya dunia akan datang..
Jika pemimpin masa itu adalah dari generasi sekarang?
Tak terbayang..

Ya ALLAH..
Sungguh aku tak ada kuasa untuk mengubah mereka..
Sungguh aku tak mampu membetulkan langkah merek yang terpesong..
Sungguh akau tak ada upaya..
Aku lemah Ya ALLAH..
Di mana kekuatan aku untuk berdiri menggalas amanat Rasul-Mu??
Cuma aku mampu berdoa
Dan menjaga hati sendiri agar aku tak terhumban dalam kebinasaan ini..

Ya ALLAH..
Sungguh aku lemah..
Aku tidak mampu untuk menegur mereka seusiaku..
Aku tak upaya membetulkan mereka disampingku..


Maaf
Ann tak ada upaya
Maaf
Maaf
Maaf
Maaf
Ampunkan aku ya ALLAH jika aku buta melihat dosa disekeliligku....


Moga Allah sayang kau selalu

Maaf jugak
Ann tak mampu nak menaip lagi
Salam..


Mar 14, 2012

Isilah Kekosongan



Kebosanan melanda..
Tak tahu nak buat apa
Biasalah kelas baru bermula dalam seminggu
Tak ada tugasan-tugasan yang ganggu cuti hujung minggu kali ni..
Aku belek-belek buku ‘Indahnya Islam Mengatur Kita’
Terbaca satu ayat

Barangsiapa inginkan teman,cukuplah Allah menjadi teman
Barangsiapa yang inginkan kekayaan,cukuplah Qana’ah menyertainya
Barangsiapa yang inginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya
Barangsiapa yang inginkan hart simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi simpanan
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat perkara ini,cukuplah neraka baginya

Nauzubillah
Aku tak pasti ini potongan maksud hadis atau apa-apa..
Nanti aku akan rujuk
Tapi bila baca je ayat nie
Aku rasa macam ada air batu dalam perut aku…
Sejuk seram je

Tapi sebelum tu aku harap kau-kau yang membaca faham maksud ayat nie..
Bukan maksudnya ‘cukuplah Allah sebagai teman’ kau tak payah kawan dengan siapa-siapa dah lepas nie..
Bukan…bukan macam tu
Tapi maksudnya bila kau rasa sunyi..
Contohnya kawan sebilik kau balik kampung tinggal kau sorang-sorang..
Kau ingatlah Allah yang selalu ada untuk kau..
Bila kau putus dengak pakwe atau makwe kau..
Kau tak payah la duduk sorang-sorang..
Pastu nangis-nangis
Bila datang setan bisik-bisik kat kau mulalah kau nak bunuh diri..
Ada baiknya kau buat solat sunat minta Allah tenagkan hati kau..
Kan berkali-kali ganda lebih baik macam tu…

Bila kau tengok orang lain pakai iPhone4,pakai iPad
Kau teringin jugak tapi kau tak mampu
Lagi pulak kau pakai Nokia 3310 yang bila hempuk kat dinding,dinding yang retak
Kau jangan rasa rendah diri..
Tapi cuba sedaya upaya kau untuk jadi manusia yang sentiasa merendah diri.
Berbaik-baik dengan semua orang*(bukan untuk membodek..ehemm)
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..
Tu dah cukup kaya di sisi Allah..

‘Jika inginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya’
Ayat nie paling menggetarkan jiwa raga aku..*(ayat agak puitis.abaikan)

Kau dan aku
Ingatlah selalu yang mati akan datang jumpa kita
Tak kira masa
Tak kira ketika
Tak kira kau muda lagi ke,kau tua dah ke
Tak kira kau sihat wal’afiat tau sakit
Selalulah ingat
Walau siapapun kau
Kau akan mati jugak suatu hari nanti..
Kata-kata nie sangat tepat bagi aku..
Bila kau teringat mati mesti kau akan rasa
Ya Allah..dosa aku banyak lagi,aku tak taubat lagi
Solat aku banyak yang aku tinggal,tapi aku tak qada’ lagi
Puasa aku tahun lepas berganti lagi…
Kalau aku mati??

Layak ke syurga untuk aku?
………………………….

Kalau kau tak berharta
Kayakan diri kau dengan Al-Quran
Dalam Al-Quran terkandung ilmu yang sangat banyak..
Semua ilmuwan-ilmuwan Islam yang terkenal macam Ibnu Sina dengan kaedah perubatan jadikan Al-Quran sebagai rujukan utama beliau
Dalami ilmu-ilmu Al-Quran
Kau akan kaya dengan ilmu..
Bukan ke orang yang berilmu tu darjatnya tinggi..
Lebih tinggi dari orang kaya yang tak berilmu..
Sebab harta kalau diguna akan habis.
Tapi ilmu jika diguna makin bertambah..
Aku pasti..kau pun tahu

Jadi
Kalau kau sombong dengan Allah tuhan yang mencipta kau
Kalau kau tak pernah cuba beramal dengan sifat mahmudah
Kalau kau tak pernah takut dengan kematian dan tak pernah cuba ambil apa-apa pengajaran dari kematian yang berlaku kat sekeliling kau
Kalau kau tidak pernah cuba untuk mendalami apatah lagi membaca Al-Quran..

Sungguh
Kau tak layak di syurga..
Nauzubillah
Aku tak nak ke neraka
Kau jugakan?
Jom kau dan aku sama-sama menjadi yang lebih baik..
Insya-Allah
^^

p/s : maaf.aku punya ilmu tak tinggi.aku pun jahil jugak,tapi aku cuba untuk jadi yang lebih baik.begitu jugak kau kan?
Maaf penggunaan aku.untuk entri seterusnya aku akan gunakan ‘aku’ dan tolong jangan tanya kenapa

lagi satu apa yang kau nampak dari imej awan kat atas?

Dolu-dolu


Dulu masa zaman kanak-kanak sekolah-sekolah..
Bila baca Harry Potter rasa nak belajar macam dorang..
Habis satu pelajaran berlari ke kelas lain pulak..
Maknanya tak belajar kat kelas yang sama la..
Buhsann…
Habis kelas Posyen kat bilik bawah tanah Prof. Snape berlari kat menara Prof. Trelawney pulak..
Pastu masa rehat makan kat Dewan Besar yang syiling dia siap boleh sihir 
Nampak bintang-bintang, bulan,burung dan segala benda bagai..
Habis waktu sekolah lepak-lepak kat bilik umum..
Malam-malam buta pulak merayau-rayau pusing sekolah..
Jumpa benda pelik-pelik..
Hantu poltergeist la..apa tah namanya?
Peeves?

Haha…
Tapi tu Harry Potter..
Satu yang tak pernah dan tak akan wujud…

Sekarang bila dah belajar kat IPT..
Bila dah merasa ‘terbang’ dari bangunan sini ke bangunan sana..
Bangunan sana ke bangunan situ…
Haa…
Baru kau rasa..
Seronok lari-lari pergi kelas macam Harry Potter??

p/s : bukan apa..Ann Cuma kagum dengan J.K Rowling tu aje..^^

Tanya Sama Hati



Kadang tanya hati
Apa yang kau rasa?
Jawab hati
Aku suka harta dan kemewahan

Kadang Tanya hati
Apa yang kau benci?
Jawab hati
Tak dapat apa yang aku mahu

Kadang tanya hati
Apa yang kau cinta?
Jawab hati
Dunia dan semua isinya

Kadang tanya hati
Kenapa kau sering menipu?
Tipu pada diri
Sebab aku malu untuk mengaku

Kadang tanya hati
Mana kau nak pergi
Jawab hati
Aku mahu suatu tempat yang semua orang menyanjung aku

Kadang tanya hati
Kenapa kau sedih?
Jawab hati
Semua manusia sisihkan aku

Kadang tanya hati
Apa yang buat kau gembira?
Jawab hati
Manusia menyanjung aku
Mencintai aku

Kadang tanya hati
Di mana kau letakkan Rabbi?
Hati terdiam sepi mati
Aku menanti jawapan dari hati
Sepi…

Ku tanya hati
Mengapa perlu sangsi?
Sedang kau sudah bersaksi
Jawab hati
Kerana aku sudah mati
Mati dek cinta duniawi nafsu nafsi
Sedang aku tahu
Hanya satu pasti cinta Rabbul Izati
Tapi aku tetap mungkiri

090312 , KIST , Asrar a.k.a Secret

Feb 21, 2012

Ubah mentaliti boleh?

Assalamualaikum
^^

Lagi cerita pasal sejadah berdiri..
Sedar tak kadang-kadang kita terlalu taksub dengan sesutau perkara yang pelik..
Sejadah duduk tahiyat akhirlah..
Sejadah rukuklah..
Sejadah sujudlah..
Macam-macam..
Ann pun boleh buat..
Kau pun boleh...kan?

Ann jumpa sejadah jadi itik.
Lagi dasyat..
Huhu

Kalau betul pun memang agak abnormal lah perkara ni..
Mana la tau budak-budak nakal punya kerja..
Sebab bila Ann tengok balik gambar-gambar sejadah tu macam rendah sangat berdirinya..
Macam orang buat je..

Sungguh..
Manusia ni terlampau taksub dengan perkara pelik..
Khususnya orang Melayu..
Sampai takk dapat nak nilai ibrah di sebalik peristiwa..
Bagi Ann.
Kalau betul la cerita pasal sejadah ni..
Mungkin ALLAH nak perli kita manusia-manusia yang selalu lupa ni..
Lupa nak bersyukur..
Lupa nak sujud kat Dia..
Lupa nak angkat tangan mohon pertolongan dari Dia..

Tapi kita selalu persoal
'camne boleh bangun plak sejadah tu'..
Jarang sekali nak persoal..
'kalau benar, ape yang hendak ditunjukkan.'

Kita lebih suka tafsir sesuatu dengan nafsu berbanding..
Menafsirkan sesuatu dengan suluhan akal yang berpandukan Al-Quran Sunnah..

Pape pun..
Apa kata kita lupakan je lah pasal sejadah berdiri , duduk , bangun..
Tapi cuba tumpu kat sejadah kat rumah kita yang tak berdiri duduk bagai..

Minta diambil
Oleh kau-kau dan Ann juga 
Bolehkan??

Mungkin ALLAH lemparkan sindiran sinis untuk kita..
Supaya kita cari ibrah dari sesuatu yang terjadi..
Insya-ALLAH..
Kau-kau dan Ann juga akan beroleh hidayah dari ALLAH..

Lagi satu
Ubahlah mentaliti.
Ok?


p/s : bila Ann tengok gambar-gambar sejadah berdiri tu Ann terbayang gambar kat atas tu..*(topi pengisih dalam cerita Harry Potter jerit...Gryffindor..!!!!) ok.abaikan.




Feb 20, 2012

.: Manusia Inginkan :.



Selagi mana kau ada telinga..
Selagi itu kau akan sentiasa mendengar..
Manusia bercakap-cakap


"Jangan dengar cakap orang"
Ya
Tapi sampai bila harus pekakkan telinga 
Kalau banyak auta daipada fakta
Banyak salah daripada betul
Banyak haprak daripada boleh pakai

Errrr-.-"

Kau ada jawapan??

Orang kata
Ikut hati mati
Ikut rasa binasa
Ikut nafsu melulu

Jadi apa yang mesti diikut?
Ann pun tak tahu..

Kau kalau ada jawapan
Kongsi dengan Ann boleh?
Boleh kan?



Kek biru untak kau..^^


18 Feb
Birthday Rowaida..
Kawan baik merangkap kawan sekelas Ann masa tingkatan empat dan lima..
Kenapa tak dari tingkatan satu??
Sebab Cik Weda nie asal SMATAF..

Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah..

Dia pindah sebab nak ambik subjek pure sains

Dia nie sangat supportive , sempoi
Dan mungkin gila-gila sikit kepala otaknya..hehe

Cik Weda sayang..
Kalau kau baca entri nie..
Aku harap kau sihat-sihat selalu...
Belajar rerajin ye kat USIM tu..

Jadi peguam yang bertauliah
Kau doakan aku
Aku sentiasa doakan kau

Weda
Ni kau kongsi kek hari lahir kau dengan Kyuhyun boleh?
Aku beli satu je..
Boleh kan?
Hehe


Dongwook gagap



Arrrggghhhhhh..
Ann tau sangat tak  sopan bila mukadimah bermula dengan begini…
Tak apa..
Sila abaikan

Geram dengan network internet yang tiba-tiba jadi macam siput sedut tercekik ni..
Alahai..
Kat rumah Ann nie pakai Streamyx..
Laju boleh tahan la..
Lebih kurang macam bas sekolah gitu laju dia..

Tengah sedap-sedap layan movie..
Sangkut-sangkut.
Kesian Ann tengok muka Dongwook tiba-tiba jadi gagap..
Dah tak kacak…huhu

Herrmmmm

Pape pun
Pesanan penaja kepada syarikat terbabit
“Encik TM…kami tak guna free-free je..kami bayor laaa”


p/s : tajuk entri saja buat gempak..^^

Budak sekolah 1



Tiba-tiba terinagt zaman sekolah-sekolah dulu..
Huhu…
Memori menggamit kenangan
Eh
Ke kenanagn menggamit memori?
Rasa macam nombor dua tu betul..
Kan??
Dulu masa zaman kanak-kanak Ann seorang yang agak pasif..
Sungguh..
Agak pasif la bila berhadapan dengan orang-orang yang bar pertama kali Ann jumpa dalam hidup..
Ann lebih suka diam..

Tapi Ann akan berubah bila Ann di kelompok puak-puak yang seangkatan dengan Ann..
Lagi-lagi dengan adik-beradik..
Umi Ann cakap macam sesumpah..
Iyeke??
Ann agak pendiam jugak la kot..
Dan sedikit kurang dalam kemahiran berkomunikasi..
Oppss..bahaya tu..
Agak malu untuk bercakap dengan orang..
Tapi bila fikir-fikir balik
Buat apa nak malu
Orang tu bukan kenal kau pun Ann

Lupa pulak nak kabo..
Ni cerita masa Ann sekolah rendah..
Adat la kalau segan-segan ayam pun kan?
Tapi masalahnya melarat sampai ke sekolah menengah..
Ann tetap dengan sikap Ann yang yang agak pesimis ni..
Lagi satu nak cerita..
Ann nie agak cengeng..
Tau tak cengeng tu apa?
Cengeng tu kuat nangis la…
Huhu
Jangan cerita kat orang tau…
Diam-diam sudah..

Bila dah tingkatan satu..
Ann dengan rela hati nak tinggal kat asrama..
Tak ada orang nak paksa , abah Ann ataupun umi..
Memang dengan kerelaan hati Ann satu peratus la kiranya..

Hari pertama kat asrama…orait je
Hari kedua..ok
Hari ke tiga...boleh la
Hari ke empat..alamak
Hari ke lima….huwaaaa
Ngee~~~tak sampai seminggu pun weyhh
Punya la teruk
Nangis Hentak-hentak kaki Ann kat asrama cakap kat umi nak tukar sekolah..
Tapi umi tak bagi..
Dengan sedu sedan yang masih bersisa Ann teruskan jugak..
Kuatkan hati
Cekalkan jiwa.
Nak berjayakan?
 Lagipun Ann anak sulung *(harap je anak sulung.kuat nangis.maluuu)
Bukan apa
Ann takut nak berhadapan dengan orang-orang asing dalam hidup Ann sorang-sorang..
Akhirnya dapat jugak Ann habiskan tingkatan satu Ann kat asrama..
Alhamdulillah~~
Nasib baik umi Ann tak ikut kehendak Ann masa mintak nak tukar sekolah..
Kalau tak Ann tak pasti..
Dapat tak Ann jadi sekuat sekarang..
Siyes cakap..Ann sangat-sangat sensitive..
Dalam tahun pertama kat asrama..
Bertong-tong kot Ann punya air mata keluar*(membazir je air mata aku..huhu)

Lama-lama Ann dah pandai macam mana nak kawal segala-galanya..
Memang patut pun umi dengan abah Ann campak Ann kat asrama..
Sejak dah sedar diri sikit tu Ann mula nak berkawan dengan semua orang..
Baru la pandang yang positif..
Kalau tak sebelum tu semuanya Ann rasa teruk bagi Ann..
Mungkin masa tu Ann dah sedikit bertambah kematangan..

Dan Ann terfikir
Tak kan aku nak terus macam ni sampai bila-bila..
Nak tak nak Ann kena berhadapan jugak dengan segala bagai jenis yang ada kat muka bumi ALLAH nie..
Jadi Ann beranikan diri..
Terma kasih jugak kat sahabat dunia akhirat Ann
Tikah , Trex (nama dia atiqah tapi sebab ramai sangat atiqahnya , trex jadi nama panggil dy..sebenarnya mak dia marah guna nama ni..^^) , Nazwa , Sakinah , Azimah , Shuhidayu , Kama , Aida , Nadiah….
Korang memang kawan-kawan terbaik yang aku pernah ada.
Walaupun sekarang kita tak sehaluan sekarang..
Tapi kita pernah jadi angkatan perang seangkatan…
Itu kata korang...

Betapa pentingnya keyakinan diri dalanm diri seseorang makhluk bernyawa..
Sekarang ni pun Ann dah banyak belajar dari sifat pasi Ann tu..

Satu lagi yang Ann syukur sangat-sangat..
Adik-adik Ann tak ada sorang pun yang cengeng macam Ann..
Agak malu..
Mungkin Ann manja , bukan umi abah yang manjakan Ann
Tapi Ann sendiri yang manjakan diri Ann..
Tak pernah paksa diri untuk yakinkan diri..
Bila rasa takut nak buat terus tak buat..

Apa-apa pun..
Ann masih di peringakat untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik..
Masih banyak silap dalam diri yang mesti di tacap*(touch-up)
Jom sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik..^^

Okies
Salam sayang

Sila pastikan........


Salam
Kau pernah terlupa?
Kau mesti cakap "Hape la jenis soalan Ann ni tanya..mesti la pernah"
Haha..
Ohh pernah...ingatkan tak pernah

Kau pernah tak mengalami insiden macam ni..
Korang dah siap masak lauk-pauk bagai
Dengan ayam masak merah
Ikan cencaru masak tiga rasa
Kari kepala ikan
Siap ada petai lagi dengan sambal belacan
Tambah sikit budu semangkuk
Dengan perut yang lapar berdegam degum (uisyy..sedikit over)

Dan kau pun dah siap hidang lauk pauk atas meja
Siap ada air bandung soda berais lagi

Tapi
Bila nak senduk nasi
Kau tengaok nasi masih lagi tak mengalami sebarang perubahan fizikal..
Tak berkembang
Senang cerita masih lagi berupa beras..
Kau lupe lupa nak tekan suis on..

-.-"
Mesti rasa macam nak nangis kan..

Sebenarnya insiden ni baru berlaku kat Ann..
Almaklum la..
Anak dara
Mesti la kena masuk dapur kan..ahakssss(abaikan gelak gedik nie)

Oleh sebab Ann masih di rumah (cuti sem)
Jadi Ann bertindak sebagai anak soleh solehah untuk ringankan beban umi Ann..

Ohhooo..
Tapi disebabkan lupa nak tekan suis on kat rice cooker..
Selalunya Ann akan tengok betul-betul lampu kat rice cooker 2 nyala belah mana
Tapi masa tu lupa pulak nak tengok..

Dah la lapar..
Tup tup nasi masih lagi antah..
Rasa nak nangis hentak-hentak kaki kat situ jugak..
Ditambah lagi bebelan umi..
Huhu..

Aaasif
Tak berniat sikit pun nak mendera perut kamu-kamu semua..
Betul
Ann pun lapaq bukan kepalang jugak masa tu..

Pape pun
Kami seisi rumah terpaksa menunggu di meja makan
Dengan muka kelaparan tak bermaya tunggu nasi masak
Lebih kurang 20-30 minit lepas tu...(macam rancangan 5 rencah 5 rasa pulak)
Nasi pun masak
Kami pun makan dengan dimulai Bismillah disudahi Alhamdulillah...

Selalu sangat jadi macam ni
Jadi Ann tak sure lah kalau akan datang akan jadi lagi macam ni.
-.-"
Harap-harap lepas ni lebih peka terhadap rice cooker...ngee~~

p/s : pastikan suis on ditekan sebelum anda meninggalkan rice cooker anda.orait?

Okies..
Salam sayang...^^

Feb 19, 2012

Huhu


Jangan baca kalau sayang masa..^^


Kebosanandanketidaktahuan
Buatannsangatsangattaktahunakbuatapa
huhu
bolehbacaketak?
syabasbagiyangbole
yanggagaljanganputusasa
silacubalagidanteruskanusaha
ohoho
oklahsayangsayangannsumua
nilahjadinyakalautakadakerja
tapirasanaktekantekanpapankekuncini
akhirnyainilahhasilnya
agakmembuangmasa

masihtaktahunakbuatapa

Dah habis?
Mesti menyesal kan?
hahahahahahahahaha
padan muka..Ann dah cakap jangan baca..
degilll...^^

Ketidaksempurnaan

Ann ada buat salah?
Opkos...(ini terjadi bila inggeris dimelayukan)
Ann bukan malaikat..
Sungguhpun Ann manusia..
Ann bukan nabi yang sifatnya maksum..
Ann bukan sapa-sapa pun..
Hari-hari ada buat salah..
Kalau tak kat kau..
Kat orang lain..
Kalau tak hari ini..
Mungkin esok..
Kau pun tahu sendiri yang manusia hidup nie tak lepas dari buat salah..
Kan??

Jadi
Salah silap Ann harap ditegur..
Tapi berpada-padalah bila menegur..
Ann pun ada perasan macam kau jugak ape?

p/s : I'm not perfect..are you??
*jangan cakap kau perfect la..kau bukan nabi,bukan malaikat...orait?

Ok
Salam sayang...^^



Feb 18, 2012

Cuti Oh Cuti


Hai..hai..
Ann masih lagi dalam cuti semester Ann..
Ohhoo…
Cuti yang panjang buat Ann sedikit malas..
Oh sedikitkah??
Rasa malas untuk mulakan semester baru..
Cuti memang seronok..
Tapi bila cuti bermula..
Suatu perasaan keboringan a.k.a kebosanan akan menerpa..

Ya..sungguh
Dan rasainya sekarang..
Sebelum bermulanya cuti seronok tak ingat..
Rasa nak lompat-lompat je sambil nari pusing-pusing..
Ingat dalam cuti tu nak rehat puas-puas..
Nak guna masa dengan sebaik-baiknya..
Tapi ialah manusia
Kebanyakannya cakap tak serupa bikin orang kata
Perancangan cuti cukup bagus..
Siap ada jadual lagi tampal kat pintu bilik..
Hohoho

Ohh..
Tapi yakah??
Mungkin sesetengah individu je kot..
Ann kadang-kadang buat jugak
Tapi tak ikut pun
Bohsan la…
Bila cuti dah sampai kat penghujungnya.
Baru la sedar betapa cepat masa berlalu..
Baru la terfikir-fikir betapa masa tu terbazirkan begitu saja (sila abaikan penyalahgunaan imbuhan dalam ayat ini)
Baru la rasa menyesal..
Imam Syafie cakap perkara yang paling jauh dengan manusia ialah masa lalu..
Sehebat dan selaju mana pun kenderaan yang kita ada
Tak kan mampu untuk balik semula kepada masa-masa kita yang telah lepas..
Ann selalu macam tu..
Bila cuti dah nak habis baru la reti nak piker cari benda yang berfaedah untuk dibuat..
Patutnya dalam cuti
Kita manfaatkan masa yang ada untuk review balik subjek lepas..
Sebagai muslim pulak..
Gunakan masa yang banyak tu untuk beribadah..
Lepak-lapak santai dengan keluarga..
Bukan habiskan masa dengan tidur..
Merayau entah ke mana hala..

Huhu..
Ann sebenarnye pun rasa agak menyesal jugak la ni..
Cuti Ann ada seminggu lagi lebih kurang..
Terasa sangat pantas masa berlalu..
Sangat-sangat pantas..
Rasa macam baru semalam je Ann sampai rumah Ann..
Kemas-kemas bilik..
Tup tup
Cuti Ann tinggal seminggu..
Aduyai….
Rasa malas membuak-buak..
Malas sangat-sangat..
Huhu..

Tapi kata Dr. Fadzilah Kamsah
“LAWAN , jangan layan perasaan malas”
Tapi
Layan malas lagi bestkan dari lawan malas..
Hehe..
Apa-apa pun semua atas diri masing-masing
Masing-masing ada matlamat masing-masing
Jadi bertindaklah untuk diri sendiri dengan sebaiknya..
Bertindak ikut kemahuan diri..
Bukan kemahuan orang lain..

Kalau mak ayah sibuk suruh kau belajar
Tapi korang malas..
Tak Berjaya jugak
Walaupun mak ayah kau doakan kau berbakul-bakul..
Sebab ALLAH hanya bagi ganjaran pada orang berusaha..

Jadi
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh
Comfirm kejayaan jadi milik kau..
Percayalah..
Janji ALLAH itu pasti..
Tapi kalau kau dah berusaha tapi tetap juga gagal..
Jangan hala telunjuk kau tu pada ALLAH
Tapi hala pada diri kau sendiri
Sebab mungkin adalah penyebab yang buat kau diuji..
Mungkin usaha kau tak cukup kuat untuk raih kejayaan yang hebat..
Mungkin solat kau tak cukup..
Mungkin jugak ada salah kau pada mak ayah kau
Cikgu-cikgu
Pensyarah-pensyarah
Dan yang sesalau di samping kau iaitu
Kawan-kawan kau..
Kan??