Jan 31, 2014

Ikan di pukat


"Mati itu umpama sakat
Semakin hari semakin dekat
Umpama ikan melekat di pukat
Hanya menanti tuannya angkat"

Ann tak tahu versi asalnya daripada mana.
Tapi yang nie Ann cedok dari program Anta Tanya Ana Jawab
Masa Jep Sepahtu jadi tetamu undangan dengan tajuk perbincangan KEMBALILAH
Kenapa Jep?
Ok..malas nak cerita..lalala~~

Kembalilah
Ya, kembali kepada Pencipta
Kembali kepada fitrah kita

Tiba suatu masa kita akan kembali mengadap Tuhan semesta alam.
Bersediakah?
Ketuk hati, kejut jiwa yang terlena
Tanya akal, sejauh mana kita memikirkan soal mati dan amal?
Tanya iman, sejauh mana kita mempersiapkan diri bertemu Tuhan?
Tanya diri, apa lagi yang kau mahu di dunia ini?

Soal sehingga kau bertemu dengan jawapan.

Saat dilahirkan
Kita dalam fitrah suci tanpa dosa noda
Menangis tanpa mengetahui apa puncanya
Jika suatu ketika dahuu kita tahu pincangnya dunia
Biar sahaja aku tidak menjenguk dunia
Biar sahaja aku tidak bertatih meniti tangga usia

Tapi takdir Tuhan menetapkan kita sebagai khalifah di Bumi ini
Khalifah yang diberi peluang untuk memlih
Pilihan yang bakal mengangkat kita atau menjerat kita

Saat segalanya indah pada mata
Sempurna pada jiwa
Kita makin lupa akan tujuan asal mengapa kita dicipta

Bersyukurlah saat hidayah mengetuk pintu hati
Jika ia datang terimalah dengan sepenuh hati
Kerana khuatir andai ia tidak akan menjenguk lagi
Dan pergi jauh meninggalkan kita
Terumbang - ambing

Saat diri tersedar akan khilaf diri
Rebutlah peluang untuk kembali

Kembali untuk taat
Kembali untuk suatu pengabdian agung seorang hamba kepada Tuhannya
Moga taubat kita diterima
Amin ya Rabb

Ann sayang kau,kau dan kau.
Ya
Kau sayang (*bajet ada orang baca blog buruk ni)
Asslamualaikum :)





Jan 28, 2014

Kembali Pulang

I

Assalamu’alaikum
Sini Ann nak ajak semua merenung sejenak.
Hari nie sibuk dan kecoh mengenai salji yang menjamah tanah negara jiran kita Indonesia
Fikir sejenak
Adakah ia bala atau nikmat
Atau Allah sengaja hadirkan salji untuk mengetuk pintu hati kita
Supaya sedar bahawa setiap yang berlaku adalah atas kekuasaannya
Atau mungkin sebagai satu peringatan.

Peringatan bahawa Bumi ini semakin tua.
Semakin lupa dengan setiap aturannya.
Semakin dekat meniti tarikh kematiannya.
Tapi kita makin hari makin lupa
Sudah diketuk pintu hati namun masih tidak mahu dibuka dan diterima.

" Dan sesungguhnya, apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu.
Hendaklah merekamenurut perintahKu dan beriman kepadaKu"
(Surah Al-Baqarah : 186)

Berdoalah dan kembalilah
Sungguh
Allah akan menerima kita seadanya 

Detik kematian itu akan tiba
Detik kehancuran dunia juga akan tiba
Tapi kita masih lagi sibuk dengan dunia
Sibuk
Sibuk
Sibuk
Sehingga terlupa tujuan kita dicipta
Hingga terlupa pada Sang Pencipta
Saat termenung
Tiba-tiba teringat Ann pada kata-kata seoang murabbi
“Jika ingin mencari Tuhanmu carilah di dalam hatimu, jika tiak bertemu periksalah hatimu”

Hati hitam berjelaga
Hati kosong dari Rabbnya
Bagaimana agaknya hati yang kosong ini akan bahagia andai cinta Tuhan tidak di damba?
Allah
Ampunkan dosa hamba
Ampunkan dosa kami Ya Allah
Allah
Jika aku jauh dekatkanlah

Jan 10, 2014

Macam tak ada fungsi


Assalamualaikum.
Haha.
Tajuk pun tah benda-benda.
Bukan apa.
Bila Ann jenguk-jenguk blog Ann ni sedih sayu je rasa.
Bukan apa, terbiar je.
Tak ada siapa nak cara.
Jadi Ann pun dengan ini membulatkan tekad untuk rajin-rajinkan diri mengemas kini blog usang Ann ni.
InsyaAllah.
Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam la Ann ye?

Esok ada kenduri kat rumah sebelah Ann.
Alhamdulillah akadnya sebelah petang ni.

Tahniah.
Kawan-kawan seangkatan dah ramai jugak la yang mendirikan rumah tangga.
Ala muda lagi.
Baru 22 kot.
Buat masa ni biarlah Ann tumpu pada study.
Nak jadi pharmacist kan?

Pesanan untuk awak-awak yang baru,bakal atau dah pun mendirikan rumah tangga tu.

~ Cubalah ambil masa untuk DEKAT dengan Allah..
 ~ Cubalah ambil masa untuk SIBUKKAN diri dengan Allah..
 ~ Cubalah ambil masa untuk mencintai Allah dengan sepenuhnya..
 ~ Cubalah ambil masa untuk merenung DOSA-DOSA yang belum diampunkanNya..
 ~ Cubalah ambil masa DEMI DIA..

 Kerana amat KURANG PERHATIAN kita kepadaNya, kita LEBIH BANYAK menghabiskan masa berjam-jam berbual dengan sahabat kita.
 LEBIH BANYAK meluangkan masa untuk BERGEMBIRA dengan insan yang kita sayangi
Lalu apakah TUJUAN kita diciptakan di dunia?
 Hati yang terpaut untuk MENCINTAINYA merupakan satu NIKMAT yang amat jarang diperolehi oleh hamba-hambaNya.
Maka, ambillah waktumu untuk BERBICARA denganNya.
 Kelak dirimu akan BERBAHAGIA..

 >> TANYA DIRI SENDIRI :
 "KELMARIN, SEMALAM dan HARI INI
Apa yang telah aku lakukan untuk DEKATKAN DIRI dengan Allah?"

Muhasabah diri selalu
Ingat Allah selalu.
Dekat dengan Allah maka dekatlah kita dengan insan yang kita sayang.

Ok la
Sayang kau,kau dan kau jugak.

Moga kita sentiasa dalam lindungan Allah

Senyum :)

Diam-diam jatuh cinta...Mata bertentang mata..


Asslamualaikum.
Sebenarnya dah tersangat lama blog ini usang.
Bersawang.
Malas nak menaip sebab..
Sebab... idea tu sebenarnya ada tapi malasss ssangat nak taip.

Kemain panjang lagi tajuk entri ye Ann??
Apehall??

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Hari nie Ann rasa rajin dan bersemangat sikit.
Mungkin sebab semangat yang datang dari abang-abang SEPAHTU.
Beribu-ribu tahniah dari Ann untuk kalian.

Keseluruhan persembahan ssangat baik.
Untuk Mohd Nadzri.
Ann yakin anda selalu ada di belakang sahabat anda begitu juga sahabat anda.
Oke. Berbelit sikit di situ.

Walaupun ramai yang mengkritik.
Benarlah orang cakap.
Jalan hidup ni tak akan pernah senang.
Sabarlah jika dibenci.
Senyumlah saat dikeji.
Kerana suatu hari nanti kita pun akan mati.

Satu lagi nak pesan.
Kita tak akan pernah dapat untuk puaskan hati semua orang.
Tak pernah dan tak akan pernah.
Jadikan teguran dan kritikan untuk terus berjaya.
Allah bersama orang-orang yang sabar.



Mohd Nadzri Zainal Abidin.
Kamu tidak keseorangan.
Kami sentiasa ada.
Yang paling penting.
Allah kan ada.
:)
Kulihat ada peribadi indah di balik kamu.
Semoga rahmat Allah sentiasa menaungi kalian.

"Ya Allah.
Jika aku jauh dekatkanlah.
Jika dia jauh dekatkanlah.
Jika mereka jauh dekatkanlah.
Amin Ya Rabb.

Salam sayang dari Ann.
Ann sayang kau,kau dan kau juga.