Mar 18, 2012

yang suci



Apa kau rasa bila dengar berita kat radio..
Tonton tengok berita satu tiga puluh kat tv..
Baca surat khabar
Ada keluar berita pasal pembuangan bayi..
Yang paling sadis sekali hampir tiap-tiap hari ada kes macam tu..

Suka hati kau je nak buang baby tu merata..
Apa??
Kau ingat nyawa tu macam mana?
Kalau cakap bodoh marah..
Kalau cakap tak ada otak kau mengamuk sakan..
Cakap kau tak ada hati perut kau hangat..
Tapi betullah..
Kau-kau yang buang-buang baby tu bodoh..
Tau tak otak letak kat kepala lutut??
Dalam Al-Quran dah jelas ALLAH cakap jangan hampiri zina..
Tadabbur betul-betul ayat tu..
ALLAH cakap jangan hampiri apatah lagi buat..
Tapi kau degil
Kau buat jugak..
Kau tahu tak kenapa ALLAH larang manusia macam Ann dan kau hampiri zina?
Salah satunya nak jaga keturunan kau..
Bila dah lahirnya anak luar nikah nie atau bahasa halus sikit anak tak sah taraf nie..
Masyarakat akan pandang serong kat anak-anak macam nie..
Walaupun dorang tak salah apa-apa pun..
Bersih
Suci

Lahirlah umat-umat manusia yang tak tahu mana asal-usul..
Kau pulak nak elak malu kononnya..
‘Simpan’ anak kau yang tak tahu apa-apa tu dalam tong sampah..
‘tak apa nak...nanti anjing datang makan kau , selamatlah kau dari dunia fana nie’

Ohh
Sungguh mudah..tak nak , buang
Kau tak tahu ke yang kau tak kan terlepas..
Hukuman dunia satu...
Sungguhpun kau terlepas kat dunia
Jangan lupa janji ALLAH
Hukuman akhirat sedia menanti ..selagi kau tak bertaubat..
Nauzubillah..

Kat mana kau letakkan rasa malu
Yang ALLAH titipkan dalam tiap jiwa mu’min?
Malu lah pada ALLAH..
Tak ada gunanya kalau kau cuma malu pada manusia..
Sebab kau boleh menyorok dari pandangan manusia
Tapi ingat kau tak kan dapat menyorok dari pandangan Dia
Kalau malu pada ALLAH subur dalam hati kau..
Kau tak akan buat kerja-kerja terkutuk tu..
Sebab kau tak akan dapat lari pandangan ALLAH
Walau sejauh mana pun kau lari

Andai satu hari kau dah sedar
Percayalah Dia akan sayang kau lebih dari segala jenis saying yang ada kat dunia nie..

Ann rasa sedih bila teringat kata-kata Saidina Ali A.S..
‘Jika engkau hendak melihat dunia akan datang , lihatlah remaja pada zaman ini’

Apa yang kau nampak pada diri remaja hari ini????
Apa yang kau nampak??
Macam mana agaknya dunia akan datang..
Jika pemimpin masa itu adalah dari generasi sekarang?
Tak terbayang..

Ya ALLAH..
Sungguh aku tak ada kuasa untuk mengubah mereka..
Sungguh aku tak mampu membetulkan langkah merek yang terpesong..
Sungguh akau tak ada upaya..
Aku lemah Ya ALLAH..
Di mana kekuatan aku untuk berdiri menggalas amanat Rasul-Mu??
Cuma aku mampu berdoa
Dan menjaga hati sendiri agar aku tak terhumban dalam kebinasaan ini..

Ya ALLAH..
Sungguh aku lemah..
Aku tidak mampu untuk menegur mereka seusiaku..
Aku tak upaya membetulkan mereka disampingku..


Maaf
Ann tak ada upaya
Maaf
Maaf
Maaf
Maaf
Ampunkan aku ya ALLAH jika aku buta melihat dosa disekeliligku....


Moga Allah sayang kau selalu

Maaf jugak
Ann tak mampu nak menaip lagi
Salam..


Mar 14, 2012

Isilah Kekosongan



Kebosanan melanda..
Tak tahu nak buat apa
Biasalah kelas baru bermula dalam seminggu
Tak ada tugasan-tugasan yang ganggu cuti hujung minggu kali ni..
Aku belek-belek buku ‘Indahnya Islam Mengatur Kita’
Terbaca satu ayat

Barangsiapa inginkan teman,cukuplah Allah menjadi teman
Barangsiapa yang inginkan kekayaan,cukuplah Qana’ah menyertainya
Barangsiapa yang inginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya
Barangsiapa yang inginkan hart simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi simpanan
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat perkara ini,cukuplah neraka baginya

Nauzubillah
Aku tak pasti ini potongan maksud hadis atau apa-apa..
Nanti aku akan rujuk
Tapi bila baca je ayat nie
Aku rasa macam ada air batu dalam perut aku…
Sejuk seram je

Tapi sebelum tu aku harap kau-kau yang membaca faham maksud ayat nie..
Bukan maksudnya ‘cukuplah Allah sebagai teman’ kau tak payah kawan dengan siapa-siapa dah lepas nie..
Bukan…bukan macam tu
Tapi maksudnya bila kau rasa sunyi..
Contohnya kawan sebilik kau balik kampung tinggal kau sorang-sorang..
Kau ingatlah Allah yang selalu ada untuk kau..
Bila kau putus dengak pakwe atau makwe kau..
Kau tak payah la duduk sorang-sorang..
Pastu nangis-nangis
Bila datang setan bisik-bisik kat kau mulalah kau nak bunuh diri..
Ada baiknya kau buat solat sunat minta Allah tenagkan hati kau..
Kan berkali-kali ganda lebih baik macam tu…

Bila kau tengok orang lain pakai iPhone4,pakai iPad
Kau teringin jugak tapi kau tak mampu
Lagi pulak kau pakai Nokia 3310 yang bila hempuk kat dinding,dinding yang retak
Kau jangan rasa rendah diri..
Tapi cuba sedaya upaya kau untuk jadi manusia yang sentiasa merendah diri.
Berbaik-baik dengan semua orang*(bukan untuk membodek..ehemm)
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..
Tu dah cukup kaya di sisi Allah..

‘Jika inginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya’
Ayat nie paling menggetarkan jiwa raga aku..*(ayat agak puitis.abaikan)

Kau dan aku
Ingatlah selalu yang mati akan datang jumpa kita
Tak kira masa
Tak kira ketika
Tak kira kau muda lagi ke,kau tua dah ke
Tak kira kau sihat wal’afiat tau sakit
Selalulah ingat
Walau siapapun kau
Kau akan mati jugak suatu hari nanti..
Kata-kata nie sangat tepat bagi aku..
Bila kau teringat mati mesti kau akan rasa
Ya Allah..dosa aku banyak lagi,aku tak taubat lagi
Solat aku banyak yang aku tinggal,tapi aku tak qada’ lagi
Puasa aku tahun lepas berganti lagi…
Kalau aku mati??

Layak ke syurga untuk aku?
………………………….

Kalau kau tak berharta
Kayakan diri kau dengan Al-Quran
Dalam Al-Quran terkandung ilmu yang sangat banyak..
Semua ilmuwan-ilmuwan Islam yang terkenal macam Ibnu Sina dengan kaedah perubatan jadikan Al-Quran sebagai rujukan utama beliau
Dalami ilmu-ilmu Al-Quran
Kau akan kaya dengan ilmu..
Bukan ke orang yang berilmu tu darjatnya tinggi..
Lebih tinggi dari orang kaya yang tak berilmu..
Sebab harta kalau diguna akan habis.
Tapi ilmu jika diguna makin bertambah..
Aku pasti..kau pun tahu

Jadi
Kalau kau sombong dengan Allah tuhan yang mencipta kau
Kalau kau tak pernah cuba beramal dengan sifat mahmudah
Kalau kau tak pernah takut dengan kematian dan tak pernah cuba ambil apa-apa pengajaran dari kematian yang berlaku kat sekeliling kau
Kalau kau tidak pernah cuba untuk mendalami apatah lagi membaca Al-Quran..

Sungguh
Kau tak layak di syurga..
Nauzubillah
Aku tak nak ke neraka
Kau jugakan?
Jom kau dan aku sama-sama menjadi yang lebih baik..
Insya-Allah
^^

p/s : maaf.aku punya ilmu tak tinggi.aku pun jahil jugak,tapi aku cuba untuk jadi yang lebih baik.begitu jugak kau kan?
Maaf penggunaan aku.untuk entri seterusnya aku akan gunakan ‘aku’ dan tolong jangan tanya kenapa

lagi satu apa yang kau nampak dari imej awan kat atas?

Dolu-dolu


Dulu masa zaman kanak-kanak sekolah-sekolah..
Bila baca Harry Potter rasa nak belajar macam dorang..
Habis satu pelajaran berlari ke kelas lain pulak..
Maknanya tak belajar kat kelas yang sama la..
Buhsann…
Habis kelas Posyen kat bilik bawah tanah Prof. Snape berlari kat menara Prof. Trelawney pulak..
Pastu masa rehat makan kat Dewan Besar yang syiling dia siap boleh sihir 
Nampak bintang-bintang, bulan,burung dan segala benda bagai..
Habis waktu sekolah lepak-lepak kat bilik umum..
Malam-malam buta pulak merayau-rayau pusing sekolah..
Jumpa benda pelik-pelik..
Hantu poltergeist la..apa tah namanya?
Peeves?

Haha…
Tapi tu Harry Potter..
Satu yang tak pernah dan tak akan wujud…

Sekarang bila dah belajar kat IPT..
Bila dah merasa ‘terbang’ dari bangunan sini ke bangunan sana..
Bangunan sana ke bangunan situ…
Haa…
Baru kau rasa..
Seronok lari-lari pergi kelas macam Harry Potter??

p/s : bukan apa..Ann Cuma kagum dengan J.K Rowling tu aje..^^

Tanya Sama Hati



Kadang tanya hati
Apa yang kau rasa?
Jawab hati
Aku suka harta dan kemewahan

Kadang Tanya hati
Apa yang kau benci?
Jawab hati
Tak dapat apa yang aku mahu

Kadang tanya hati
Apa yang kau cinta?
Jawab hati
Dunia dan semua isinya

Kadang tanya hati
Kenapa kau sering menipu?
Tipu pada diri
Sebab aku malu untuk mengaku

Kadang tanya hati
Mana kau nak pergi
Jawab hati
Aku mahu suatu tempat yang semua orang menyanjung aku

Kadang tanya hati
Kenapa kau sedih?
Jawab hati
Semua manusia sisihkan aku

Kadang tanya hati
Apa yang buat kau gembira?
Jawab hati
Manusia menyanjung aku
Mencintai aku

Kadang tanya hati
Di mana kau letakkan Rabbi?
Hati terdiam sepi mati
Aku menanti jawapan dari hati
Sepi…

Ku tanya hati
Mengapa perlu sangsi?
Sedang kau sudah bersaksi
Jawab hati
Kerana aku sudah mati
Mati dek cinta duniawi nafsu nafsi
Sedang aku tahu
Hanya satu pasti cinta Rabbul Izati
Tapi aku tetap mungkiri

090312 , KIST , Asrar a.k.a Secret