Feb 6, 2012

Sekadar Ada


Assalamualaikum..^^
~~Satu perkongsian yang mungkin berguna~~

The story begin
Siang tadi Ann teman abah Ann hantar adik Ann yang ke-2 (Zaid) dan ke-3 (Nadia) kat asrama..
Sorang kat Chini
Sorang kat Rompin
Tapi perjalanan kami tidak selancar yang diharap
Mungkin ada yang tak kena dengan kereta tu
Kerata over heat..
Fuhh
DANGER~~DANGER~~
Sampai berasap..
Maklumla kancil...kereta pinjam pulak tu..
Sebab kalau nak naik van tak padan pulak dengan kami yang cuma ber-4
Sebab dari problem nie
Kami terpaksa berhenti berkali-kali untuk sejukkan sikit enjin dan tambah air
Bukan sekali je
Tapi banyak jugak la kali kami berhenti(<-sila abaikan kecelaruan ayat ini)

Kebetulan masa berhenti untuk isi minyak..
Dan sejukkan enjin
Waktu Zohor dah masuk
Abah pun ambil keputusan untuk solat di surau di R&R yang berdekatan tu je..

Ok la..
Kami pun bergerak menuju ke surau yang terletak di belakang bangunan (ayat agak skema)
Cari-cari surau
Jumpa satu surau ..
Abah masuk
Abah cakap
"Sekadar ada"

Serius..
Ann tak faham

Kemudian abah cakap
"Tengoklah surau nie , kecil
Ya , sangat kecil...
Muat untuk jemaah seramai tiga orang je

Itulah yang dimaksudkan abah dengan sekadar ada tu
Surau ada
Tapi sangat dhaif

Manusia bercakap-cakap
"Carilah masjid ke surau ke yang luas sikit
Banyak songeh pulak dia"
(p/s:dialog rekaan , tak ada kena-mengena dengan sesiapa)

Ok la
Kalau cakap macam tu
Ann nak cakap macam ni

Di mana letaknya sensitiviti umat Islam sendiri??
Patutnya perhentian yang jadi tempat persinggahan nie biarlah kemudahannya lebih baik dan selesa..
Lagi-lagi tempat ibadah
Memang la solat tu di mana-mana pun boleh asalkan suci..
Tapi bila dah ada kemudahan..
Mestilah kita nak gunakan kemudahan yang ada kan?

Contoh macam bangku dalam gambar kat atas tu
Bangku ada
Tapi dengan keadaan yang kotor tu..
Boleh ke bangku tu diduduki dengan selesa??
Korang ada jwapan sendiri kan?
Ok..Simpan jawapan buat renungan..
^^

Tak perlullah Ann sebut di mana
Tapi
Keadaan sangat-sangat tidak selesa
Dengan tempak wuduk yang agak terdedah oleh pandangan manusia-manusia

Sungguh tak selesa

Ok
Tutup cerita R&R punya surau
Di sini Ann nak minta sedikit pandangan

Bila Ann lihat situasi macam insiden yang Ann cerita kat atas tadi..
Ann rasa sedih
Sebab
Perkara-perkara macam nie selalu dipandang remeh
Asalkan ada sudah
Sempurna atau tak belakang kira...

Sampai bila akan  terus begini?
Bila sensitiviti umat akan bertambah?

Ann masih mencari jawapan yang tepat
Dan yang pasti
Jawapan itu ada pada diri setiap individu

Jawapan yang berbeza
Pandangan yang berbeza

Apa pandangan korang?

p/s: Sekadar coretan dari hati kecil insan bernama manusia tak sempurna

No comments: