Feb 6, 2012

Maaf


Maaf
Maaf
Maaf

Kau yang tak pernah kenal siapa aku..
Kau yang tak tahu siapa aku..
Kau yang mencuba..
Kau yang.. 
Kau..

Bagi Ann
Ann sangat tak suka dengan satu perhubungan yang terikat
Betul
Tak suka
Sangat tak suka

Sebab tu Ann lebih suka berkawan
Dengan sesiapa pun yang sudi

Bukan sombong
Bukan menidakkan kehendak hati
Betul jika dikatakan cinta itu fitrah
Tapi dalam usia sekarang
Banyak lagi komitmen yang perlu diberikan penumpuan

Manusia bercakap-cakap
"Senanglah kau cakap Ann , kau tak jumpa lagi orang yang kau suka"

Ya
Mungkin ya atau mungkin tidak
Sebab
Kau pernah selam ke hati Ann??
Tahu apa yang ada dalam hati Ann??
Tak kan?

Memang cinta itu fitrah
Ann tak nafi malah Ann sokong
Siap bawak banner bagai sebagai tanda sokongan (sila abaikan ayat ini)
Tapi bukan ke ia boleh dikawal?

Sama macam makan
Nak makan itu , ini
Tapi tak kan nak makan semua benda dalam satu masa..
Kita perlu kawal

Ok
Dalam usia sekarang
Memang layak untuk ada seseorang yang boleh dijadikan penawar duka lara (ececehh^^)
Dalam masa yang sama
Pelajaran mesti diutamakan
Sebab sebagai pelajar mestilah kejayaan yang kita nak kan?
Dalam masa yang sama kita perlu lunaskan tanggungjawab sebagai
Mu'min
Anak
Pelajar

Nampak macam sikit
Tapi cabang bagi setiap satu amat banyak

Hidup sebagai mu'min tak kan sekadar mu'min
Sekurang-kurangnya jadilah mu'min yang berjaya
Sentiasa ijtihad
Hidup sebagai anak tak kan sekadar anak
Sekurang-kurangnya jadilah anak yang soleh solehah
Sentiasa patuh dan taat
Hidup sebagai pelajar tak kan sekadar pelajar
Sekurang-kurangnya jadilah pelajar yang berjaya
Sentiasa ke hadapan

Fikir
Fikir
Fikir
dan 
Teruskan berfikir

Mampu tak kita pikul semua amanah dan tanggungjawab sebagai
Mu'min
Anak
dan
Pelajar
Yang seperti sebenarnya diri kita sendiri yang harapkan?

Bukan aku sengaja
Bukan aku menolak fitrah

Tapi masih ada komitmen lain yang perlu diberi keutamaan

Bebas tu kan suatu yang sangat tenang
Teramat tenang
Tiada siapa yang marah bila SMS tidak dibalas
Tiada siapa yang marah bila call tak disambut
Tiada hati yang perlu dijaga dengan benda yang remeh
Maaf
Tak ada niat untuk perli sesiapa
Segalanya lahir dari hati Ann untuk diri Ann juga

Sebab ada sahabat Ann pernah cakap
"Kalau kome (dialek Temerloh,Phg-bermaksud saya) bebel-bebel kat korang ,
Sebenarnya kome nasihatkan diri kome sendiri sebenarnya
Sebab
Telinga kome lebih dulu dengar apa yang kome cakap daripada telinga korang"

Ya
Betul apa yang Hasnaa (nama sahabat Ann yang cakapkan kata-kata kat atas tadi) cakap
Jangan fikir bila Ann cakap macam nie saja nak perli-perli la tu
Tak
Tak sama sekali
Sebab ini juga untuk peringatan buat diri Ann

Oleh itu
Maaf pada yang berkenaan
Aku bukan sombong
Tapi sebenarnya aku sangat jahat
Aku lebih pentingkan diri aku berbanding perasaan orang lain

Maaf pada yang berkenaan
Aku bukanlah sebaik yang kau sangkakan
Sebab
Banyak lagi kekurangan aku yang kau tak nampak

Maaf pada yang berkenaan
Aku bukan insan sempurna untuk berikan yang terbaik

Maaf pada yang berkenaan
Maaf
Maaf
Dan maaf lagi

Hati ini juga perlu aku jaga
Supaya yang hitam tak bertambah hitam
Yang karat tak bertambah karat
-.-"

p/s : Entri ni tak ada berkait , bersangkut , bergantung atau bersidai dengan sesiapapun..harap maklum
~~Segalanya terlahir dari Anugerah Terindah~~




No comments: