Mar 14, 2012

Tanya Sama Hati



Kadang tanya hati
Apa yang kau rasa?
Jawab hati
Aku suka harta dan kemewahan

Kadang Tanya hati
Apa yang kau benci?
Jawab hati
Tak dapat apa yang aku mahu

Kadang tanya hati
Apa yang kau cinta?
Jawab hati
Dunia dan semua isinya

Kadang tanya hati
Kenapa kau sering menipu?
Tipu pada diri
Sebab aku malu untuk mengaku

Kadang tanya hati
Mana kau nak pergi
Jawab hati
Aku mahu suatu tempat yang semua orang menyanjung aku

Kadang tanya hati
Kenapa kau sedih?
Jawab hati
Semua manusia sisihkan aku

Kadang tanya hati
Apa yang buat kau gembira?
Jawab hati
Manusia menyanjung aku
Mencintai aku

Kadang tanya hati
Di mana kau letakkan Rabbi?
Hati terdiam sepi mati
Aku menanti jawapan dari hati
Sepi…

Ku tanya hati
Mengapa perlu sangsi?
Sedang kau sudah bersaksi
Jawab hati
Kerana aku sudah mati
Mati dek cinta duniawi nafsu nafsi
Sedang aku tahu
Hanya satu pasti cinta Rabbul Izati
Tapi aku tetap mungkiri

090312 , KIST , Asrar a.k.a Secret

No comments: