May 16, 2014

Hati Itu


Apa agaknya ya? 
Pernahkah kita bertanya?
Menyelami setiap suka duka, 
Pedih dan lirih hatinya? 
Pernahkah kita berkongsi cerita dari hatinya?.
Bahagiakah dia mendidik kita?
Tersayatkah dia oleh tingkah kita?

Setelah kita dewasa.
Setelah kita berjaya.
Pernahkah kita kongsikan dengannya
Kejayaan kita yang terlahir oleh didikannya
Atau kita hanya berbangga
Bahawa itu semua hasil kerja keras kita

Perlu sangatkah,
Sekadar secalit baris ungkapan  "Selamat hari Guru"
Mahu apa lagi mereka?
Saban tahun, bukankah kami sudah mengucapkan
Ketika di bangku sekolah..
Bukankah harga usaha mereka telah dibayar?
Tanpa Guru, kita tetap berjaya.

Sebuah coretan dari seorang insan bergelar guru
Insan yang ku kenal
Insan yang kukasihi

Tidak mereka minta mereka disanjung.
Tidak mereka minta ditabur dengan kata-kata pujian.

Hanya satu harapan yang tersimpan.
Suatu hari ini akan hadir anak-anak didikan mereka.
Dengan segunung kejayaan.
Tersenyum
Bahawa kini
Mereka sudah berjaya
Hasil didikan seorang guru
Yang berpenat lelah
Yang tanpa jemu mendoakan kejayaan
 
Meski Ann bukan seorang guru mahupun pendidik.
Tetapi hati ini terasa terpanggil untuk mencoret.
Apabila terbaca luahan hati seorang guru
Terlihat keikhlasan dari kata-katanya
Terlihat harapan yang tersirat di balik coretannya

SELAMAT HARI GURU
Buat guru-guru Ann
PASTI Darul Quran
PASTI Al-Islahiyyah
SK Bandar Tun Abdul Razak
Sekolah Menengah Agama Rompin
Kulliah Sltah Abu Bakar

Salam sayang

Juga Selamat Hari Guru buat umi dan abah
Mendidik dari kecil
Hingga kini
Asuhan, teguran, bebelan

Tidak sia-sia
Kerana itu yang memanusiakan aku
Tidak sia-sia
Kerana itu yang mendewasakan aku
Tida sia-sia
Kerana itu yang membawa aku mengenal Tuhan
Tidak sia-sia
Kerana itu yang mengajar aku sebuah kehidupan.

:')
Sebak

No comments: