Mar 26, 2013

Terima kasih,thank you,xie xie,gamsahae


Kadang hidup ajar kita macam-macam

Hidup ajar kita supaya berterima kasih dengan apa yang kita peroleh hari ni

Hidup ajar kita supaya bersyukur dengan apa yang  ada
Sebab kehidupan katd unia ni sangat sekejap.
Sangat singkat.
Tiba masa kita akan dipanggil menghadap.
Bersediakah??

Hidup ajar kita supaya menghargai manusia-manusia yang wujud kat sekeliling kita

Hidup jugak kadang buat Ann terfikir untuk apa kita hidup seandainya kitaa tak meletakkan sedikit pun kesyukuran pada yang mencipta kita dan bagi kitaa nikmat macam-macam

Ann  ini cuma manusia jahil yang kadang rasa terpanggil untuk lebih mengenal Dia yang mencipta

Ada masa Ann rasa amat pelik yang teramat sangat(maaf.penggunaan bahasa yang amat teruk di sini) terhadap manusia-manusia yang tak pandai berterima kasih

Tak kisah la kat siapa pun.
Kesempatan yang ada Ann nak ucapkan terima kasih kepada yang sentiasa ada untuk Ann.
Terima kasih kepada yang pernah mengkritik Ann.
Terima kasih kepada semua.
Terima kasih.
Kerana kerana adanya kalian.
Ann lebih berani melangkah.
Ann lebih kuat untuk jalani hidup.
Ann lebih yakin dengan segala ketentuan Tuhan.

Sini Ann nak ajak duduk bersila dengan saya sambil muhasabah diri

InsyaAllah

J

No comments: