Jan 31, 2014

Ikan di pukat


"Mati itu umpama sakat
Semakin hari semakin dekat
Umpama ikan melekat di pukat
Hanya menanti tuannya angkat"

Ann tak tahu versi asalnya daripada mana.
Tapi yang nie Ann cedok dari program Anta Tanya Ana Jawab
Masa Jep Sepahtu jadi tetamu undangan dengan tajuk perbincangan KEMBALILAH
Kenapa Jep?
Ok..malas nak cerita..lalala~~

Kembalilah
Ya, kembali kepada Pencipta
Kembali kepada fitrah kita

Tiba suatu masa kita akan kembali mengadap Tuhan semesta alam.
Bersediakah?
Ketuk hati, kejut jiwa yang terlena
Tanya akal, sejauh mana kita memikirkan soal mati dan amal?
Tanya iman, sejauh mana kita mempersiapkan diri bertemu Tuhan?
Tanya diri, apa lagi yang kau mahu di dunia ini?

Soal sehingga kau bertemu dengan jawapan.

Saat dilahirkan
Kita dalam fitrah suci tanpa dosa noda
Menangis tanpa mengetahui apa puncanya
Jika suatu ketika dahuu kita tahu pincangnya dunia
Biar sahaja aku tidak menjenguk dunia
Biar sahaja aku tidak bertatih meniti tangga usia

Tapi takdir Tuhan menetapkan kita sebagai khalifah di Bumi ini
Khalifah yang diberi peluang untuk memlih
Pilihan yang bakal mengangkat kita atau menjerat kita

Saat segalanya indah pada mata
Sempurna pada jiwa
Kita makin lupa akan tujuan asal mengapa kita dicipta

Bersyukurlah saat hidayah mengetuk pintu hati
Jika ia datang terimalah dengan sepenuh hati
Kerana khuatir andai ia tidak akan menjenguk lagi
Dan pergi jauh meninggalkan kita
Terumbang - ambing

Saat diri tersedar akan khilaf diri
Rebutlah peluang untuk kembali

Kembali untuk taat
Kembali untuk suatu pengabdian agung seorang hamba kepada Tuhannya
Moga taubat kita diterima
Amin ya Rabb

Ann sayang kau,kau dan kau.
Ya
Kau sayang (*bajet ada orang baca blog buruk ni)
Asslamualaikum :)





No comments: