Assalamu’alaikum
Sini Ann nak ajak
semua merenung sejenak.
Hari nie sibuk dan
kecoh mengenai salji yang menjamah tanah negara jiran kita Indonesia
Fikir sejenak
Adakah ia bala atau
nikmat
Atau Allah sengaja
hadirkan salji untuk mengetuk pintu hati kita
Supaya sedar bahawa
setiap yang berlaku adalah atas kekuasaannya
Atau mungkin sebagai
satu peringatan.
Peringatan bahawa
Bumi ini semakin tua.
Semakin lupa dengan
setiap aturannya.
Semakin dekat meniti
tarikh kematiannya.
Tapi kita makin hari
makin lupa
Sudah diketuk pintu
hati namun masih tidak mahu dibuka dan diterima.
" Dan sesungguhnya, apabila hamba-hambaKu bertanya tentangKu, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu.
Hendaklah merekamenurut perintahKu dan beriman kepadaKu"
Detik kematian itu
akan tiba
Detik kehancuran
dunia juga akan tiba
Tapi kita masih lagi
sibuk dengan dunia
Sibuk
Sibuk
Sibuk
Sehingga terlupa
tujuan kita dicipta
Hingga terlupa pada
Sang Pencipta
Saat termenung
Tiba-tiba teringat
Ann pada kata-kata seoang murabbi
“Jika ingin mencari
Tuhanmu carilah di dalam hatimu, jika tiak bertemu periksalah hatimu”
Hati hitam berjelaga
Hati kosong dari
Rabbnya
Bagaimana agaknya
hati yang kosong ini akan bahagia andai cinta Tuhan tidak di damba?
Allah
Ampunkan dosa hamba
Ampunkan dosa kami Ya
Allah
Allah
Jika aku jauh
dekatkanlah
No comments:
Post a Comment