“Kalau
kita faham perjalanan takdir, kita tak akan pernah menyesal”
Kerana
hidup juga ada turun naik
Ada
masa kita dijunjung
Ada
masa kita diherdik dihina
Perjalanan
hidup itu suatu takdir
Takdir
yang telah tertulis buat kita
Mungkin
suatu ketika takdir itu mengherat aku menjadi hina
Itu
kerana bukan Tuhanku kejam terhadap aku
Tetapi
aku yang terlalu lemah
Peganganku
goyah
Lemah
Mungkin
suatu ketika dahulu kita berdosa
Terhayun
dengan lambungan dunia pura-pura
Lemas
mencari tali pautan tak berpunca
Terkapai
dalam deras lautan menggila
Namun
kawan
Masa
silam bukan penghalang untuk kita jadi mulia
Mulia
di sisi Tuhanmu
Mulia
di sisi Tuhanku
Masa
silam bukan penentu syurga nerakamu
Tetapi
taubatmu hari ini
Taubatmu
itu yang menjadi penentu
Usah
berdendam dengan masa silam
Usah
berdendam dengan takdir
Bukan
kita yang mengatur perjalanan takdir
Setiap
ujian yang menimpa
Setiap
detik takdir yang terjadi mungkin pelengkap jalan menuju syurga
Menjadi
penduga iman
Tetapi
kita silap mentafsir
Salah
menilai takdir
Kerana
takdir itulah aku tersasar dari landasan-Mu
Kerana
takdir itulah aku sesat dari jalan-Mu
Kerena
takdir itu…
Iman
kita lemah untuk menilai sebuah perjalanan takdir
Yang
tertulis di jalan juang
Jalan
juang menuju abadi
Jalan
menuju Rabbul ‘Izzati
Ann sayang kamu, kamu dan kamu jugak
Ok
Awak pun Ann sayang
No comments:
Post a Comment